Ucapan Tahniah kepada Tuan Fauzul Naim Ishak
2008 adalah tahun yang sungguh mencabar. Tahun ini sahaja, dua peristiwa besar berlaku melibatkan PTS Millennia Sdn Bhd secara khusus. Pertamanya adalah penggabungan antara PTS Millennia Sdn Bhd dan PTS Fortuna pada Oktober 2008. Kemudian, satu lagi peristiwa besar adalah pelantikan Tuan Fauzul Naim Ishak yang sebelum ini pengurus PTS Millennia kepada Pengurus Besar editorial Kumpulan PTS. Kini, Tuan Fauzul akan menguruskan unit editorial Kumpulan PTS secara keseluruhan melibatkan semua anak syarikat di bawah kumpulan PTS.
Mewakili staf PTS Millennia, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas lantikan itu. Kami percaya, Tuan Fauzul dapat merangsang lagi kualiti dan produktiviti editorial Kumpulan PTS khususnya dalam menghadapi suasana ekonomi yang semakin merungsingkan.
Sementara kami yang tinggal di PTS Millennia akan meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh Tuan Fauzul. Kami percaya, segala pengalaman dan tunjuk ajar yang diberikan dapat membantu dalam memastikan produktiviti dan kualiti produksi buku di PTS Millennia tetap berada pada tahap yang sepatutnya.
Sekali lagi, sekalung ucapan tahniah kepada Tuan Fauzul Naim Ishak.
Hasil Perkongsian :Mohd Ikram Mohammad Nor Wazir
Editor Kanan
PTS Millennia Sdn Bhd
Email : ikram@pts.com.my
Web :
Artikel Terbaru Dalam Kategori Berita
- Temui Pelukis-pelukis Komik-M di MPH MidValley - December 9th, 2008
- Pesona Obama, Buku diulang cetak 5,000 Naskhah - December 3rd, 2008
- Buku Terbaru! Mengurus konflik Gaya Streetsmart - November 21st, 2008
- Hebahan Umum - November 17th, 2008
- Delegasi PTS ke Indonesia Bookfair 2008 - November 14th, 2008



Leave a Reply