Siri Inspirasi Muncul Kembali, Buku Mengapa Saya Bekerja?

Selepas sekian lama menyepi, kini siri inspirasi muncul kembali. Buku terbaru PTS Millennia Sdn Bhd, Mengapa Saya Bekerja?

Kali ini, koleksi cerita yang terdapat dalam buku ini lebih fokus kepada kaum hawa. Pelbagai dilema yang dihadapi dalam memilih bidang kerjaya. Sama ada bekerja di luar rumah ataupun sebagai suri rumah tangga sepenuh masa. Ada yang berpendapat, wanita tidak patut duduk di rumah sekiranya mereka ini berjaya memiliki segulung ijazah. Namun, ada juga yang berpendapat sebaliknya. Saudara pula bagaimana?

Sebenarnya, kerjaya adalah periuk nasi bagi sesetengah individu yang mementingkan kerjaya. Wang ringgit tidak hanya datang bergolek tanpa sebarang usaha. Mengapa kita perlu bekerja? Mampukah kita hidup di dunia yang segala-galanya memerlukan wang ini sekiranya tidak bekerja. Namun, kerja menjadi lebih murni apabila disertakan dengan niat semata-mata kerana Allah. Kita hanya berusaha, namun Allah jua yang menentukan banyak mana rezeki yang dapat diberikan kepada hambanya.

Memilih menjadi suri rumah bukanlah disebabkan individu tidak mampu ataupun tidak layak memilih bidang kerjaya. Kemungkinan individu yang sudah berumah tangga memilih jalan ini memikirkan masa hadapan anak-anak dan suami. Mereka tidak yakin ataupun percaya pada pengasuh dan orang gaji. Tambahan pula bermacam-macam cerita yang sering kita dengar kebelakangan ini seperti orang gaji lari, kes dera anak majikan dan pelbagai lagi cerita negatif yang tidak enak didengar dan boleh mendatangkan fobia apabila mendengarnya. Itu baru kes anak-anak, risau pula sekiranya terjadi sesuatu kepada suami.

Sama ada wanita itu bekerja ataupun tidak, bukanlah isu utama dalam meneruskan kehidupan. Ini bergantung pada kemampuan dan kehendak masing-masing. Setiap individu mempunyai pendapatnya tersendiri. Namun, berbekalkan pengalaman suka duka yang diceritakan secara santai dalam buku ini memberi input kepada saudara bagi meletakkan saudara dalam bidang yang mana. Bekerja ataupun tidak bekerja? Buku ini dijangka terbit pada Julai ini. Nantikannya di pasaran.

Hasil Perkongsian :

Nahddatun Nisaak Othman
Editor
PTS Millennia Sdn Bhd
Email : nisa@pts.com.my
Web : http://www.ptsmillennia.com.my
This entry was posted on Friday, July 4th, 2008 and is filed under Buku Terbaru, Humaira. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply



Milik

Kalendar Aktiviti

September 2008
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930EC

Aktiviti Akan Datang

  • No events.

Mesej Ringkas

Last Message 6 hours, 8 minutes ago
2 guests are online.
  • Guest_4115 : tolonglah saye peminat buku Dear YAYAH :(
  • Guest_4115 : takkan tak ade DEAR YAYAH :cry:
  • asraff : open lagi ke nak jd model buku
  • Guest_571 : :mrgreen:
  • sejam_dua : :lol:
  • hurun ain : salam semua..happy ramadhan :D
  • MAWI KE??? : BESTNYE CITER SALJU SAKINAH..
  • Guest_4166 : :D
  • Guest_2051 : :smile:Salam
  • hani : salam, singgah sekejap :D
  • joshuaeric : selamat lunch
  • joshuaeric : apa khabar semua? :D
  • joshuaeric : hi all
  • Guest_848 : :oops:saya malu dangan lelaki
  • Guest_848 : saya ni seorang perempuan yang peramah :D
  • Fauzul Naim : InsyaAllah siap dalam Ogos 2008.
  • Web Sutera : Assalamualaikum. Srlamat malam. Maaf singgah sekajap, tersesat! «link» 8O
  • Web Sutera : Bila biografi TG Dato' Nik Aziz dijangka siap?
  • Fauzul Naim : Puan, kami menerbitkan buku. Saya sarankan Puan ke www.motivasialih anpelajar.com
  • nursakinah : macam mana caranya ya
  • nursakinah : boleh tak saya hendak minta tip cara-cara mendidik anak yang cerdik
  • Fauzul Naim Ishak : Boleh emailkan ke «email»
  • Fauzul Naim : Boleh! Apa salahnya
  • ALIASHIM : BOLEH TAK SAYA ISI FORM MODEL PTS MELALUI E-MAIL? :D
  • Pierre : Congratulations, you just completed the installation of this shoutbox.

Penggerak PTS Millennia

Get the Flash Player to see the slideshow.

Anugerah Buku Popular-Berita Harian 2008

Ini adalah rakaman video yang dibuat sepanjang program Anugerah Buku Popular-Berita Harian tempoh hari. Pada program ini pihak PTS Millennia Sdn Bhd memenangi tempat ketiga dan tempat pertama bagi kategori buku Non Fiksyen berbahasa Melayu.

Buku-buku yang memenangi anugerah adalah seperti berikut :

  • Tempat Pertama Non Fiksyen Berbahasa Melayu : Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah
    Penulis : Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah & Ahmad Fadzli Yusof
  • Tempat Ketiga Non Fiksyen Berbahasa Melayu : Dato’ Dr. Haron Din Menjawab Persoalan Fikah Harian
    Penulis : Dato’ Dr. Haron Din