Siapa Kami?
PTS Millennia Sdn Bhd adalah sebuah syarikat penerbitan buku milik penuh bumiputera. Ia ditubuhkan pada tahun 2005 sebagai pelengkap kepada operasi syarikat Kumpulan PTS. Fokus penerbitannya dalah buku bacaan umum berbahasa Melayu popular.
Pada mulanya buku-buku diterbitkan oleh hanya satu syarikat dalam Kumpulan PTS iaitu PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. Ia menerbitkan semua jenis buku dalam Kumpulan PTS. Pada tahun 2004 pihak pengurusan syarikat iaitu En. Arief Hakim Sani Rahmat (Presiden Kumpulan PTS sekarang) dan En. Fauzul Na’im Ishak (Pengurus PTS Millennia Sdn Bhd sekarang dan Pengurus Penerbitan PTS P&D pada masa itu) ke Jakarta bagi melihat dan mengkaji perkembangan industri buku di Indonesia.
Hasil daripada itu, pihak Kumpulan PTS menstrukturkan semula operasi syarikat. Dari hanya satu syarikat, 4 syarikat lagi ditubuhkan dengan fokus penerbitan yang berbeza-beza. Genre buku bacaan umum dagangan diberikan hak terbitannya kepada PTS Millennia Sdn Bhd dan En. Fauzul Na’im Ishak dilantik sebagai pengarah eksekutif seterusnya menguruskan syarikat ini sehingga sekarang.
Apakah jenis buku yang diterbitkan oleh PTS Millennia Sdn Bhd?
PTS Millennia Sdn Bhd membahagikan produk-produk terbitannya kepada beberapa genre produk. Setiap genre ini dibangunkan dengan penuh teliti bagi memenuhi kehendak dan citarasa pelanggan. Genre-genre tersebut boleh diperincikan seperti berikut :
Imtiyaz : Pembangunan Diri & Motivasi
Genre ini adalah genre yang paling diketahui dan popular di PTS. Ia adalah antara genre awal terbitan PTS. Produk motivasi dan pembangunan diri ini meletakkan fokus kepada produk yang praktikal, boleh diamalkan, mudah difahami, senang diaplikasi dan membumi. Produk ini wujud di atas dasar perjuangan PTS yang ingin setiap anggota masyarakat menjadi satu entiti berkualiti dalam meransang pembangunan negara, bangsa dan agama. Ini selaras dengan saranan kerajaan dalam membangunkan modal insan kelas pertama.
Sehingga sekarang pihak PTS Millennia Sdn Bhd sudah menerbitkan beratus judul daripada para pakar pembangunan diri negara. Antara pengarang yang menjadi penulis bestseller dalam kategori ini di PTS Millennia Sdn Bhd adalah Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, Tuan Haji Ahmad Fadzli Yusof, Puan Ainon Mohd., Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hasan dan ramai lagi.
Maklumat lanjut mengenai boleh terus menghubungi saudara Ikram Wazir di ikram@pts.com.my
Al-Haqq : Islam Kontemporari
Genre Islam Kontemporari mencatatkan rekod jualan yang amat menggalakkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Ada judul buku yang sudah mencatat jualan melebihi 10,000 naskhah dalam tempoh setahun. Pihak PTS Millennia Sdn Bhd menerbitkan karya-karya Islam dengan pendekatan moden yang terkini. Melihat Islam dari sisi lain yang kadangkala kita tidak terlihat. Islam dari sudut saintifiknya, aplikasi moden dan kontemporari, ibadah dari sudut kesihatan, menjawab persoalan semasa dan sebagainya. Ia praktikal dan amali.
Antara pengarang PTS Millennia Sdn Bhd dalam genre ini yang menjadi penulis bestseller antaranya adalah Dr. Danial Zainal Abidin dan Dato’ Dr. Haron Din. Karya mereka sudah mencatat jualan puluhan ribu naskhah dalam tempoh masa beberapa tahun kebelakangan ini.
Maklumat lanjut mengenai boleh terus menghubungi saudara Ikram Wazir di ikram@pts.com.my
Humaira’ : Wanita, Keibubapaan dan Kesihatan
Produk Humaira’ memberikan penekanan kepada penjagaan kesihatan, penjagaan anak, penampilan diri, perhubungan dan percintaan. Segala yang berkaitan dengan wanita, keibubapaan dan kesihatan dibukukan di sini. Ia adalah produk praktikal, amali dengan tip-tip terbaru penjagaan masa kini.
Antara pengarang bestseller produk ini adalah Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj, Dr. Fauziah Hasan, Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah dan ramai lagi.
Maklumat lanjut mengenai boleh terus menghubungi saudari Siti Nor Fadilah Salleh di norfadilah@pts.com.my
Langkah Demi Langkah : Do It Yourself (DIY)
Ini adalah antara produk terbaru di PTS Millennia Sdn Bhd. Pihak PTS Millennia Sdn Bhd dalam proses mencari lebih banyak buku dalam genre ini. Buku daripada pertukangan kayu, buat rumah, memperbaiki peralatan letrik, silap mata, hobi dan sebagainya.
Buku yang dipenuhi dengan gambar-gambar menarik yang menggambarkan setiap satu aktiviti dengan langkah demi langkah. Ia cukup praktikal dan amali. Sesiapa yang membaca buku-buku di bawah siri ini pasti boleh melakukannya dalam masa yang cukup singkat. Ini adalah kelebihan produk ini.
Pengarang bestseller di bawah kategori ini di PTS Millenia Sdn Bhd adalah saudara AMAR, seorang artis nasyid dan ahli silap mata dengan buku bestsellernya 55 Silap Mata Mudah dan 66 Silap Mata Praktikal.
Maklumat lanjut mengenai boleh terus menghubungi saudara Ikram Wazir di ikram@pts.com.my
ReAktif : Xpresi Minda Remaja Masa Kini
Produk Reaktif ini adalah antara satu-satunya produk buku pembangunan diri buat remaja yang ada dalam pasaran. PTS Millennia Sdn Bhd melancarkan produk ini buat kali pertama pada tahun 2006 dan sambutannya amat menggalakkan. Ia memberikan tip-tip pembangunan diri dan motivasi kepada remaja dengan bahasa serta gaya remaja.
Gaya segar, bahasa santai, dipenuhi dengan ilustrasi praktikal penuh nasihat dan hikmah pasti menjadikan pembacaan remaja masa kini penuh ilmu. Ia diberikan konsep terbaru dengan menekankan panduan hidup remaja masa kini. Komik-komik penuh cerita dan nilai diselitkan bagi memudahkan para remaja memahami konsep dan ilmu dalam bentuk visual.
Antara penulis bestseller dalam kategori ini adalah Ustaz Zawawi Mat Yusoh, Mohd Fazli Abu Bakar, Ahmad Fadzli Yusof dan ramai lagi.
Maklumat lanjut mengenai boleh terus menghubungi saudari Siti Nor Fadilah Salleh di norfadilah@pts.com.my
I-Novela : Novel Pembangunan Jiwa & Rohani
I-Novela adalah produk terbaru dan antara yang paling berjaya di PTS Millennia Sdn Bhd. Produk novel yang memandu jiwa, jasmani, rohani dan intelek dengan menggunakan wadah bercerita sebagai kaedah penyampaian.
Satu pendekatan yang menjadi eksperimentasi di PTS Millennia Sdn Bhd dan sudah menunjukkan hasilnya. Ada yang membaca buku dalam produk ini berubah selepas membacanya. Ada yang dahulunya berperangai buruk terpanggil berubah kerananya.
I-Novela menfokus penceritaan perjuangan, cinta Islami, perbandingan agama dan motivasi pembangunan diri. Antara pengarang bestseller bagi produk ini adalah saudara Zaid Akhtar dan Maya Iris.
Maklumat lanjut mengenai boleh terus menghubungi saudari Siti Nor Fadilah Salleh di norfadilah@pts.com.my
KOMIK-M : Komik Malaysia Bercitarasa Antarabangsa
Komik-M adalah produk paling baru dalam siri produk terbitan PTS Millennia Sdn Bhd. Ia baru dilancarkan pada awal tahun 2008. Produk ini membawa konsep penerbitan Komik Malaysia, gaya Malaysia, budaya Malaysia tetapi bercitarasa antarabangsa.
Ia meliputi komik aksi, komik Islami, komik keluarga, teknik melukis dan banyak lagi. Pihak PTS Millennia Sdn Bhd melihat ruang komik sebagai satu lagi kaedah menyampaikan ilmu bermanfaat dengan kaedah visual. Ia penuh dengan impak aksi maksima. Pasti tidak jemu membacanya.
Antara komik yang sudah terbit di bawah jenama Komik-M adalah Liga Pendekar, Lili Lulu Lala, Kartini dan Kecempreng Man.
Maklumat lanjut mengenai boleh terus menghubungi saudara Wan Zuhairi Wan Zainuddin di wanzu@pts.com.my


