Rekod! Salju Sakinah Tercetak Lebih 10,000 Naskhah dalam Tempoh Kurang Setahun
Alhamdulillah. Kami ucapkan syukur kerana kategori buku baru iaitu Novel Islami yang kami terokai pada tahun 2008 ini sudah mula menunjukkan hasilnya. Buktinya, karya Ustaz Zaid Akhtar iaitu Salju Sakinah sudah tercetak sebanyak 12,000 naskhah dalam tempoh kurang daripada setahun. Berikut adalah jumlah cetakan dalam rekod kami:
Cetakan pertama - April 2008 - 3,000 naskhah
Ulang cetak kedua - Julai 2008 - 3,000 naskhah
Ulang cetak ketiga - Ogos 2008 - 3,000 naskhah
Ulang cetak keempat - November 2008 - 3,000 naskhah
Jumlah keseluruhan cetakan adalah 12,000 naskhah dalam tempoh TUJUH BULAN sahaja.
Ini secara tidak langsung membuktikan penerimaan masyarakat kepada karya berbentuk novel islami. Bahkan, menurut pengamatan dan jangkaan kami khususnya selepas menilai dan meneliti trend pasaran buku, kami menjangkakan pasaran buku berbahasa melayu 2008-2009 akan lebih tertumpu kepada karya berciri dan bercitra Islam. Ini termasuklah karya motivasi islami, pengurusan islami dan novel islami. Justeru, kami mempelawa lebih ramai penulis karya fiksyen untuk bersama dengan kami dalam memenuhi kehendak pasaran ini.
Khusus kepada Ustaz Zaid Akhtar, kami daripada warga kerja PTS Millennia Sdn Bhd merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah atas kejayaan ini. Semoga Ustaz diberikan kekuatan untuk terus menghasilkan karya sehebat Salju Sakinah ini.
Hasil Perkongsian :Mohd Ikram Mohammad Nor Wazir
Editor Kanan
PTS Millennia Sdn Bhd
Email : ikram@pts.com.my
Web :
Artikel Terbaru Dalam Kategori Utama
- Editor Kontrak PTS Millennia Sdn. Bhd. Diperlukan - December 30th, 2008
- Hebahan Umum - December 3rd, 2008
- Program Bersama Penulis Buku Silap Mata AMAR - November 12th, 2008
- Laporan Pelancaran Buku "Aura Penyembuhan Reiki" - July 3rd, 2008
- Salju Sakinah Top 10 Novel MPH Dua Minggu Berturut-turut - June 15th, 2008



Tahniah saudara Zaid Akhtar. Saya salah seorang yang memiliki novel ini. Cuma belum dibaca lagi, hihihi
Tahniah, alf mabruk. Semangat nak menulis dengar kawan-kawan berjaya.