Novel Islami : Salju Sakinah, novel bestseller
NOVEL ISLAMI BESTSELLER PTS Millennia Sdn Bhd masa kini adalah Salju Sakinah.
KISAH cinta memang enak dibaca. Namun tidak banyak kisah cinta yang dinovelkan menyuguh batas-batas cinta menurut Islam apalagi menyuntik wacana pemikiran yang seharusnya menjadi bekal sekaligus memperkaya jiwa pembaca. Lantas Salju Sakinah cuba menawarkan apa yang jarang-jarang ditawarkan selama ini.
Salju Sakinah sebuah novel yang masih membumbukan secebis kisah cinta namun tetap mesra dan tepu dengan persoalan global dunia Islam, ekonomi, politik dan sosial yang digauli wataknya. Novel Islami ini menyorot ketabahan watak Sumayyah, siswi Malaysia di Universiti Yarmouk, Jordan yang berada di semester terakhir pengajiannya.
![]()
Meskipun Salju Sakinah menjadikan wanita sebagai watak utama dan mengambil dua latar tempat yang jauh berbeza iaitu Jordan dan Malaysia, novel ini dengan sengaja mengetengahkan suasana kehidupan pelajar Malaysia di Timur Tengah selain konflik sosial seperti hasad dengki, fitnah-memfitnah serta kepercayaan khurafat dan ilmu sesat yang menjadi penyakit sebahagian masyarakat.
Berbeza dengan novel-novel Zaid Akhtar sebelumnya seperti Sesegar Nailofar dan Rona Bosphorus yang padat dan bertempo pantas, Salju Sakinah yang mendapat banyak feedback pembaca ketika disiarkan dahulu dirasakan lebih tenang, damai dan agak membuai – sesuai dengan judulnya yang bermaksud salju yang mendamaikan
Hasil Perkongsian :Fauzul Naim Ishak
Pengurus
PTS Millennia Sdn Bhd
Email : fauzuln@pts.com.my
Web : http://www.fauzulnaim.com
Artikel Terbaru Dalam Kategori Buku Terbaru
- Buku terbaru PTS Millennia Sdn Bhd - November 14th, 2008
- Siri Inspirasi Muncul Kembali, Buku Mengapa Saya Bekerja? - July 4th, 2008
- Buku Terbaru Adam Khoo Versi Bahasa Melayu, RAHSIA PELABUR JUTAWAN Bakal Terbit! - July 3rd, 2008
- Gerak Kerja Buku-buku Edisi Kompak & Jimat, Hadapi Kenaikan Harga Minyak - July 2nd, 2008
- Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung (REVISITED) - July 2nd, 2008



Leave a Reply