Majlis Pelancaran Buku “Aura Penyembuhan Reiki”
Alhamdulillah, buku sulung PTS M mengenai aura iaitu “Aura Penyembuhan Reiki” dijangka masuk ke stor esok. Ya Allah, moga-moga tiada masalah yang timbul sehingga buku ini tidak dapat masuk ke stor esok. Bukan apa, majlis pelancarannya pada hujung minggu ini sudah siap dirancang. Jika tidak ada buku, maka pasti majlis pelancarannya agak terencat. Masakan orang yang dirai tidak hadir ke majlis bagi meraikannya. Bukankah kelihatan janggal.
walau apapun, setakat ini semuanya berjalan mengikut jadual yang dirancang. Dengan izin Allah, majlis itu akan berlangsung seperti berikut:
- Majlis : Majlis Pelancaran Buku “Aura Penyembuhan Reiki”
- Perasmi : Dr Ramli Abd Ghani, Pengarah Bahagian Perubatan Alternatif & Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Tarikh : 28 Jun 2008 (sabtu)
- Tempat : Grand Bluewave Hotel, Shah Alam Selangor
- Masa : 8.00 malam hingga 11.00 malam
- Tema Pakaian : Merah - Aura Membara
- Anjuran : PTS Millennia Sdn Bhd dengan kerjasama Innergy Quest Bio Concept Sdn. Bhd.
Majlis pelancaran ini dijalankan secara tertutup memandangkan ia difokuskan kepada hebahan media. Justeru, jemputan yang hadir adalah berdasarkan jemputan dan kebanyakannya adalah daripada kalangan wakil-wakil media. Bukan apa, sekarang Kumpulan PTS sedang dalam proses untuk beralih menjadi marketing-oriented publisher. Oleh kerana itulah, sekiranya boleh setiap buku yang keluar diusahakan agar mendapat cakupan hebahan media yang banyak dan menyeluruh. Walau bagaimanapun, ia bergantung juga kepada tema buku dan komitmen penulisnya sendiri. Dalam konteks ini, kami memuji Master Hazil Azran Ramli selaku penulis buku ini. Beliau memberikan komitmen dan mengambil inisiatif sendiri untuk bersama-sama kami menganjurkan majlis pelancaran ini.
Insya-Allah, kami mohon moga Allah beri kemudahan. Mohon doa teman-teman yang membaca blog ini juga. Moga Allah membantu kita menyebarluaskan ilmu yang baik dan bermanfaat kepada seluruh manusia.
Perjuangan Memandaikan Bangsa.
Terima kasih.
Hasil Perkongsian :Mohd Ikram Mohammad Nor Wazir
Editor Kanan
PTS Millennia Sdn Bhd
Email : ikram@pts.com.my
Web :
Artikel Terbaru Dalam Kategori Berita
- Pesona Obama, Buku diulang cetak 5,000 Naskhah - December 3rd, 2008
- Buku Terbaru! Mengurus konflik Gaya Streetsmart - November 21st, 2008
- Hebahan Umum - November 17th, 2008
- Ucapan Tahniah kepada Tuan Fauzul Naim Ishak - November 14th, 2008
- Delegasi PTS ke Indonesia Bookfair 2008 - November 14th, 2008



Leave a Reply