Laporan Program Bicara Buku Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif bersama Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad
Program Bicara Buku bersama motivator terkenal, Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad telah berlangsung pada 24 Mei 2008 yang lalu bertempat di Ruang Legar Jusco Bukit Raja, Klang. Objektif utama program anjuran bersama MPH Bookstores Bukit Raja dan PTS Millennia Sdn. Bhd. itu dijalankan bersempena dengan Pesta Buku MPH. Selain itu, program ini dilihat secara langsung dapat mempromosikan buku “Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif” kepada khalayak. Bersempena dengan cuti sekolah ini, pihak MPH Bookstores telah mengambil inisiatif untuk mengadakan program bicara buku khusus untuk ibu bapa. Hasilnya, buku “Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif” dipilih atas kesesuaian objektif program.
Program telah berlangsung tepat jam 3 petang dengan moderator pada hari tersebut, Encik Fauzul Na’im Ishak mengalu-alukan kehadiran pengunjung dan pelawat Jusco. Beliau kemudiannya, memulakan sesi bicara buku dengan membuka perbincangan mengenai buku tulisan Dr. Tengku Asmadi.
Pelbagai isu menarik telah dibincangkan antaranya mengenai pengaruh negatif persekitaran kepada anak-anak yang mampu menganggu emosi dan perilaku mereka dan pendekatan positif yang boleh digunakan ibu bapa dalam mendidik anak-anak.
Sesi berjalan dengan lancar sehingga program tamat tepat jam 4 petang. Sesi perbincangan pada hari tersebut diakhiri dengan sesi ramah mesra dan tandatangan autograf bersama Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad.
Hasil Perkongsian :Siti Nor Fadilah Salleh
Editor
PTS Millennia Sdn Bhd
Email : norfadilah@pts.com.my
Web :
Artikel Terbaru Dalam Kategori Berita
- Temui Pelukis-pelukis Komik-M di MPH MidValley - December 9th, 2008
- Pesona Obama, Buku diulang cetak 5,000 Naskhah - December 3rd, 2008
- Buku Terbaru! Mengurus konflik Gaya Streetsmart - November 21st, 2008
- Hebahan Umum - November 17th, 2008
- Ucapan Tahniah kepada Tuan Fauzul Naim Ishak - November 14th, 2008



Leave a Reply