Kepimpinan Gaya Nabi; Biografi Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Haji Nik Mat-Satu Cabaran

perjumpaantuanibrahim.jpgMungkin kelihatan terlalu optimistik, tetapi itulah kekuatan PTS Millennia Sdn. Bhd. Motto yang digunakan bagi tahun 2008 sehingga seterusnya iaitu “Hanya yang BESTSELLER sahaja” adalah salah satu cabaran baru (daripada sekian banyak cabaran) pengurus PTS Millennia Sdn. Bhd. kepada seluruh jentera produksi PTS Millennia Sdn. Bhd. Mencabar tetapi menarik.

Maka, sebagai menyahut cabaran itu, editor perolehan sentiasa berusaha dalam memastikan produk yang dihasilkan mencapai piawaian “Hanya yang BESTSELLER sahaja“. Walaupun kadangkala ia menambahkan bebanan tugas yang sedia ada tetapi selepas melihat hasilnya, kepuasan yang dinikmati, luar biasa sifatnya.

Namun, setakat hari ini, ada satu buku yang cukup mencabar keupayaan dan pengalaman saya. Buku yang saya tidak sabar-sabar untuk rasakan kepuasannya apabila sudah siap diterbitkan nanti. Buku itu adalah Kepimpinan Gaya Nabi; Biografi Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Haji Nik Mat.

Sudah banyak yang dilaburkan oleh PTS, sudah banyak tenaga yang saya curahkan secara peribadi dan sudah terlalu lama ramai orang menanti lahirnya sebuah buku yang benar-benar konstruktif menganalisis gaya kepimpinan seorang tokoh pemimpin ulama Malaysia yang dikenali sebagai Tok Guru Nik Aziz ini. Tidak saya nafikan, ada beberapa buku biografi beliau yang sudah lama ada di pasaran. Namun, buku yang ada itu lebih banyak menyentuh aspek spiritual beliau sebagai seorang tokoh agama. Kali ini, sudut perbincangan yang akan ditampilkan melalui buku ini agak berbeza, sudut kepimpinan yang diasosiasikan dengan teori kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. Inilah satu aspirasi idealistik seorang editor dan penulis (Puan Habibul Izzah Ahmad) yang pastinya bukan mudah untuk direalisasikan.

perjumpaantuanibrahim2.jpgOleh sebab itulah, proses penghasilannya bukanlah mudah. Bermula daripada usaha peribadi penulisnya (Puan Habibul Izzah Ahmad) menelusuri jejak tokoh ini sejak tahun 1997 (catatan peribadi penulis yang terlalu banyak untuk dicoretkan di sini. Mungkin lain kali sahaja) sehinggalah kepada berkampungnya kami selama seminggu di Pulau Melaka sehingga kini. Terbaru, kami baru sahaja menemuramah anak saudara kepada Tok Guru Nik Aziz iaitu Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Pesuruhjaya Pas Pahang. Daripada perbincangan kami dengan tokoh ini, banyak maklumat yang kami dapati mengenai Tuan Guru Nik Aziz. Maklumat-maklumat itu nanti akan kami kongsikan bersama pembaca di dalam buku biografinya. Namun, satu maklumat yang menarik dan ingin dikongsi bersama di sini adalah mengenai ayahanda Tuan Guru Nik Aziz iaitu Tok Guru Nik Mat.

Pembinaan kualiti peribadi Tok Guru Nik Aziz sebenarnya bermula dengan kekuatan dan keteguhan peribadi Tok Guru Nik Mat dalam aspek agama. Diceritakan oleh Dato’ Tuan Ibrahim, Tok Guru Nik Mat cukup menjaga soal pembinaan kualiti diri dalam aspek agama pada 18 orang anak-anaknya (beliau mempunyai empat orang isteri). Jika ada di antara anak-anaknya ataupun cucu-cucunya yang melakukan kesalahan (contohnya seperti meninggal solat), mereka akan ditegur dengan tegas namun bagi ibu mereka, mereka akan dipukul. Inilah satu pendekatan yang unik oleh Tok Guru Nik Mat. Jarang-jarang kita dengar pendekatan didikan seperti ini hari ini.

Banyak lagi kisah menarik mengenai pendidikan keluarga daripada Dato’ Tuan Ibrahim melibatkan Tok Guru Nik Mat. Semuanya akan dikongsikan bersama pembaca di dalam buku Kepimpinan Gaya Nabi; Biografi Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Haji Nik Mat.

Nantikan lebih banyak lagi cabaran yang kami lalui dalam kembara menelusuri kisah seorang tokoh pemimpin nusantara ini. Semoga usaha ini mendatangkan manfaat kepada kita semua dalam perjuangan memandaikan bangsa.

Bersambung…

Hasil Perkongsian :

Mohd Ikram Mohammad Nor Wazir
Editor Kanan
PTS Millennia Sdn Bhd
Email : ikram@pts.com.my
Web :

Artikel Terbaru Dalam Kategori Berita

This entry was posted on Tuesday, July 15th, 2008 and is filed under Berita. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

12 Responses to “Kepimpinan Gaya Nabi; Biografi Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Haji Nik Mat-Satu Cabaran”

  1. Zamri Mohamad on July 15th, 2008 at 2:48 pm

    Apabila Tuan berkata

    Mencabar tetapi menarik.

    Itu moto kakitangan PTS M dapat sematkan dalam agenda memandaikan bangsa dengan buku terbaru ini.

    ZAMRI MOHAMAD
    http://www.motivasimindamu.blogspot.com

  2. zaidakhtar on July 16th, 2008 at 11:14 pm

    Moga buku bigrafi TGNA ini
    benar-benar memberi manfaat kpd pembaca
    dan benar-benar BEST-SELLER.

  3. Web Sutera on July 17th, 2008 at 3:43 pm
  4. kamariahkamarudin on August 15th, 2008 at 11:46 am

    Salam
    Tahniah buat PTS. Tahniah buat Puan Habibul Izzah Ahmad, senior saya di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, sepuluh tahun yang lalu. Akhirnya, usaha yang luhur ini terlaksana. Alhamdulillah!

  5. nor haniza on August 24th, 2008 at 3:08 pm

    Macam pernah kenal Pn Habibul Izzah ini. Adakah beliau pernah bekerja dengan MIMOS dulu? Kalau benar beliau orangnya, saya pernah mendengar ceramahnya yang diadakan di Kompleks Kota Darulnaim suatu ketika dahulu.

    Tak sangka beliau sudi bertamu di kampung saya semata-mata untuk menyiapkan buku ini. Insya-Allah saya akan turut mempromosikan buku ini di kedai saya.

  6. liza on October 12th, 2008 at 6:06 pm

    Lama saya tunggu terbitan buku ini. Kenapa tarikh terbitan ditangguh lagi? Buku PTS yang lain tidak ada yang ditangguhkan. Pasti isi kandungan ia amat menarik dan penuh dengan cabaran.

  7. nor haniza on October 22nd, 2008 at 1:41 pm

    Assalamualaikum.

    Bila agaknya buku ini akan diterbitkan? Dah ramai rakan-rakan yang bertanyakannya.

  8. ikram on November 12th, 2008 at 4:31 pm

    Waalaikumsalam.

    Terima kasih kepada Tuan-tuan yang prihatin mengenai buku ini. Untuk makluman, buku ini mempunyai banyak perkara berbangkit yang timbul sehingga melembabkan proses penerbitannya. Di peringkat kami di PTS M, kami belajar satu perkara penting, bukan mudah menerbitkan biografi yang terbaik bagi tokoh politik. Jika sekadar biografi biasa-biasa melalui pengamatan dan pembacaan sahaja, sudah lama buku ini diterbitkan.

    Namun, memandangkan tanda aras yang kami letakkan adalah tinggi, ia memerlukan komitmen yang luar biasa daripada penulis dan editornya sendiri. sekali lagi saya nyatakan, tugas ini bukan mudah khususnya untuk mengorek khazanah peristiwa, ilmu dan pengalaman seorang tokoh yang begitu sederhana seperti Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat.

    Terima kasih sekali lagi atas keprihatinan tuan-tuan. Kami rasa amat terharu dengan keprihatinan itu. Sebaik sahaja kami pasti, kami akan maklumkan kepada semua mengenainya.

    Yang pastinya, tidak lama lagi.

    Terima kasih.

  9. izzuddin on November 22nd, 2008 at 2:11 am

    salam…

    saye berminat dgn buku ni..bole wat tempahan?
    satu lagi,if possible,bole hantar ke germany?sbb sye still blajo…

    Ikram

    Waalaikumsalam.

    Tuan yang dimuliakan. Terima kasih kami ucapkan kerana memberikan perhatian kepada buku ini. Jika tuan ingin membuat pembelian atauppun tempahan, kami cadangkan tuan terus ke bahagian kedai buku online kami iaitu dii http://www.bookcafe.com.my. Di situ nanti tuan dapat membuat tempahan dan pembelian buku ini.

    Terima kasih.

  10. liza on November 23rd, 2008 at 9:43 pm

    Salam.

    Saya rasa setiap buku yang diterbitkan oleh pihak PTS ialah hasil yang baik. Bukan sahaja buku ini. Buku-buku yang lain hampir semua boleh diterbitkan ‘on time’, kenapa ini tidak boleh?

    Perancangan permulaan dari pelbagai segi hendaklah dibuat secara teliti oleh penulis dan editor, terutamanya untuk menerbitkan buku mengenai seorang tokoh yang berjawatan tinggi. Bukannya kita sentiasa boleh ‘interview’ beliau.

    Kerumitan untuk mengorek maklumat mengenai TG tidak boleh menjadi alasan kerana ini adalah sebahagian daripada perancangan permulaan.

    Tangguhan yang berterusan tidak memaparkan imej yang positif kepada penerbit dan penulis. Dalam kes ini, ‘pengiklanan’ telah giat dibuat oleh penerbit semenjak bulan Jun atau Julai tetapi buku tersebut belum siap diterbitkan sehingga sekarang.

    Mungkin ramai yang kecewa mengenai perkara ini.

    Harap pihak PTS jangan mengulangi perkara sebegini lagi.

    Ikram

    Waalaikumsalam.

    Puan Liza yang dimuliakan.

    Terima kasih kerana memberikan pandangan yang ikhlas ini. Kami percaya, ia adalah demi pembaikan bersama. Kami akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Kami juga berharap supaya kelewatan ia diterbitkan dapat dibalas dengan kualiti bahan yang memuaskan. Sekali lagi, setinggi-tinggi ucapan terima kasih di atas komen membina ini.

  11. liza on November 26th, 2008 at 4:49 pm

    Salam En Ikram,

    Jikalau buku ini memang ‘akhirnya diterbitkan’, saya harap buku ini bukan jenis yang penuh dengan ‘bunga-bunga bahasa’ sahaja kerana ini bukan novel.

    Cara penulisan hendaklah sangat matang dan perbincangan hendaklah dari pelbagai segi.

    Kebelakangan ini, TG ada menerbitkan sebuah buku yang bertajuk ‘Kemuncup Dalam Perjuangan’, gaya penulisan yang ’simple’ dan matang memang sesuai untuk buku dengan isi kandungan mengenai kepimpinan dan politik. Buku jenis ini tidak sesuai penuh dengan perbendaharaan kata yang rumit.

    Dari buku ini, nampak sangat pihak PTS memang sangat bermurah hati dengan para penulis dan editor sungguhpun panjang penangguhannya.

    Walauapapun, memang amat mengecewakan. Liza sudah tidak menaruh harapan yang tinggi.

    Harap sangat pihak PTS akan terus menerbitkan buku lain yang amat berkualiti. Liza memang penyokong kuat terbitan PTS dan ada lebih daripada 20 buah buku PTS di rumah.

    Ikram

    Waalaikumsalam Puan Liza.

    Terima kasih atas komen yang diberikan. Insya-Allah, kami cuba pastikan isi kandungan buku ini tidak menghampakan. Namun, seperti yang kita semua fahami, bukan mudah memuaskan hati semua pihak. Oleh yang demikian, kami perlukan maklum balas daripada semua pihak bagi memperbaiki buku kategori ini pada masa akan datang.

    Berhubung rasa anti-klimaks yang ramai orang rasai pada buku ini, saya bagi pihak warga kerja PTS Millennia dan penulis memohon maaf. Kesulitan seperti ini amat kami kesali dan kami akan usahakan supaya ia tidak berlaku lagi.

    Mengenai format penulisan buku ini pula, kami serahkan kepada pembaca untuk menilainya. Namun, secara umumnya, ia tidak terlalu politikal seperti “kemuncup dalam Perjuangan” kerana kami tidak menerbitkan buku politik sebaliknya buku mengenai seorang tokoh pemimpin yang kebetulan pertimbangan zaman kini adalah tokoh politik. Perbincangannya nanti lebih bersifat penilaian gaya kepimpinan Islam berteraskan kepimpinan Nabi Muhammad.

    Selain daripada itu, melihat daripada komen Puan Liza, saya dapat rasakan yang Puan seorang pembaca yang kritis. Saya juga dapat mengenal pasti yang Puan mempunyai perspektif yang unik dan berbeza daripada orang lain. Justeru, banyak faedah jika Puan Liza dapat menjadi penulis dan memberikan ilmu kepada pembaca umum berbanding sekadar menjadi pembaca dan memberikan komen sahaja. Kami dengan segala hormatnya menjemput Puan Liza menyertai kami bagi menjadi penulis yang menghasilkan karya yang memandaikan bangsa melalui PTS. Sudilah kiranya menghubungi saya di talian 016-6611 649 dengan kadar segera. Banyak perkara yang dapat kita bincangkan. Mungkin dengan penghasilan buku daripada idea dan perspektif Puan Liza, kualiti buku PTS dapat dipertingkatkan lagi. Untuk makluman, rancangan penerbitan tahun hadapan sedang dirangka.

  12. liza on November 27th, 2008 at 1:49 pm

    Salam Tuan Ikram.

    Terima kasih kepada usaha Tuan untuk membalas setiap mesej and komen dengan spontan. Kakitangan di BookCafe juga mempunyai amalan yang baik ini. Cara ‘mesra-pelanggan’ ini pasti akan menaikkan lagi imej pihak PTS.

    Terima kasih juga kerana sudi mengajak saya menjadi sebahagian daripada penulis-penulis PTS. Saya pasti akan menghubungi Tuan jikalau saya ada idea dan konsep untuk sesuatu tajuk.

    Saya mempunyai perasaan yang aneh terhadap buku ini kerana unsur-unsur ini:
    1. Penangguhan yang berterusan selepas diumumkan bahawa ia akan diterbit dalam masa terdekat.
    2. Ada juga blog yang sudah bersiap sedia menerima ‘pre-order’ dari pembaca. Buku ini sudah siap dicetak dan harganya sudah ditetapkan? Mungkin ada isu disebaliknya yang saya tidak tahu.

    Setakat inilah komen saya terhadap buku sebelum ia memang diterbitkan - jika ada.

    Insyaallah, saya boleh menjadi penulis PTS

    Terima Kasih.

Leave a Reply



Milik

Kalendar Aktiviti

December 2008
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031EC

Aktiviti Akan Datang

  • No events.

Mesej Ringkas

Last Message 3 days, 6 hours ago
1 guest is online.
  • snl93 : sy nk jgak jd calon model tp sy bru umur 15 thn..cm mn ni??sedihnya.. :???:
  • Guest_1080 : a'kum... saya sangat meminati buku-buku MPH... terima kasih.. you go MPH.. 8O :-o :wink:
  • ikram : Waalaikum salam Tuan Guest_3755. jawapan soalan itu ada dalam buku silap mata beliau. Tuan juga mampu melakukan silap mata. bahkan bukan satu ataupun dua, banyak silap mata. Dapatkan buku ini dan mari bersama-sama kita menjadi ahli silapp mata, bukan untuk menipu tetapi menghibur dan menceriakan mereka yang dekat dengan kita. Terima kasih.
  • ikram : Waalaikumsalam Tuan Fadzli. Bertukar link tidak ada masalah bagi kami. Kami amat berbesar hati.
  • Guest_3755 : assalammualaikom tuan,mcm mana amar blh buat silap mata
  • Guest_3755 : hi :D
  • Fadzli : Salam, Tuan Ikram, boleh kita bertukar link. Blog www.cikgumalaysi a.com dengan blog millenia
  • ikram : Waalaikumsalam. Kepada tuan yang bertanya mengenai genre fantasi, kami memang menerbitkan karya fantasi. Mohon hubungi editor kami di talian berikut, 016-6611463- Encik Syafizan. Terima kasih.
  • ikram : Waalaikumsalam Tuan Yahya Fadzli. Tahniah saya ucapkan dengan terbitnya karya sulung tuan. Kami berharap tuan dapat menghasilkan karya lagi bersama kami. Mungkin karya sulung tuan sebagai penulis utama pula. Tahniah dan terima kasih.
  • Fadzli : Salam, tuan Ikram, terima kasih. Akhirnya keluar juga buku pertama walaupun penulis kedua. Terima kasih PTS millenia :D
  • Guest_3796 : asalamualaikum.s aya ingin menghantar karya saya ke syarikat ini.genrenya ialah fantasi.boleh ke?
  • ikram : Waalaikumsalam. Masih ada peluang jika saudari berminat. Sila hubungi pegawai kami iaitu Cik Norashikin Wahid. emelnya ada di bahagian "berkarya dengan kami." Terima kasih.
  • Rye : Salam ziarah. tertarik untuk menulis novel islami, masih ada peluangkah?
  • ikram : waalaikumsalam. Laskar Pelangi masih belum diulang cetak. Boleh dapatkan di HG PTS di Batu Caves jika sukar mendapatkan di kedai buku. Terima kasih.
  • Guest_1425 : Salam, sukar amat mendapatkan Laskar pelangi kerana habis di pasaran,tidak melakukan ulang cetakkah?
  • eynA92_mmp : menaikkan semangat kaum hawa utk berjuang d jalan allah
  • eynA92_mmp : best r citEr salju sakinah,,
  • Guest_2433 : :x
  • AdulBandul : Hi there! My first post at this great blog! I wanna show u my dayly updated blog: <a href= «link» >Amateur Topless Teen</a> Have a nice day! BB! P.S. if you don't want to see this message please write me to «email» with subject "NO ADS" and URL of your forum Thank you for cooperation!
  • crYStAL : wah ini cukup baik.. aku yang cute ni mesti layak punyer!!!caya la..!!
  • scoonenib : Hello. :) The images were released to celebrate the arrival on Monday of Emma Tallulah, the couple's third daughter. Bye.
  • Guest_828 : mana nak cari buku di luar negara :D 8-)
  • amar_fanz : mana saya nak cari buku pts yg terdekat? :D :P
  • Guest_3141 : sialp mata ape yg best
  • Guest_3141 : hai
  • Huahhaha : Assalamu'alaiku m..1st of all maaf klu cra syni salah.. emmmm....cuma nak bertnya mcmana klu nak ulang terbit bhn2 cetakan?? sbnrnya terniat utk menyebarkn 'Surat untuk Anda' dlm buku 'HAMAS drpd underground kpd parti pemerintah'yg dikrg olh Maszlee Mazlan......???? ? Sekali lg maaf sb sy mmg xda pglmn tntg bab2 penerbitan...Har ap dpt blsn dn jwpn... :?: :?:
  • ija_rnu : Selamat Berpuasa.. :-)
  • Guest_2857 : assalamualaikum. .
  • Guest_4115 : tolonglah saye peminat buku Dear YAYAH :(
  • Guest_4115 : takkan tak ade DEAR YAYAH :cry:
  • asraff : open lagi ke nak jd model buku
  • Guest_571 : :mrgreen:
  • sejam_dua : :lol:
  • hurun ain : salam semua..happy ramadhan :D
  • MAWI KE??? : BESTNYE CITER SALJU SAKINAH..

Penggerak PTS Millennia

Get the Flash Player to see the slideshow.

Anugerah Buku Popular-Berita Harian 2008

Ini adalah rakaman video yang dibuat sepanjang program Anugerah Buku Popular-Berita Harian tempoh hari. Pada program ini pihak PTS Millennia Sdn Bhd memenangi tempat ketiga dan tempat pertama bagi kategori buku Non Fiksyen berbahasa Melayu.

Buku-buku yang memenangi anugerah adalah seperti berikut :

  • Tempat Pertama Non Fiksyen Berbahasa Melayu : Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah
    Penulis : Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah & Ahmad Fadzli Yusof
  • Tempat Ketiga Non Fiksyen Berbahasa Melayu : Dato’ Dr. Haron Din Menjawab Persoalan Fikah Harian
    Penulis : Dato’ Dr. Haron Din