Gerak Kerja Buku-buku Edisi Kompak & Jimat, Hadapi Kenaikan Harga Minyak
Harga minyak memberikan impak yang cukup besar kepada dunia penerbitan buku. Apabila harga bahan api ini naik, ia memberikan kesan kepada pengangkutan, harga kertas, harga dakwat dan sebagainya. Diberitakan bahawa ada pencetak yang sudah mula memberikan petanda berlakunya kenaikan harga percetakan. Apakah yang tindakan terbaik bagi memastikan buku masih menjadi produk yang berdaya saing dalam keadaan sebegini?
Pihak pengurusan PTS sudah membuat keputusan iaitu PTS tidak akan menaikkan harga dan memastikan harga tetap stabil. Satu lagi bonus yang bakal dibuat oleh pihak PTS adalah memperkenalkan buku edisi jimat. Tanggung jawab ini sudah diberikan oleh pengurus PTS Millennia Sdn Bhd kepada diri saya.
Bagi edisi jimat ini terdapat 4 buku bestseller PTS Millennia Sdn Bhd dipilih bagi dialihkan kepada edisi jimat ini. Walaubagaimanapun edisi lama bagi buku-buku ini masih dikekalkan. Edisi jimat ini agak berbeza dari edisi lama. Reka bentuknya lebih padat dengan fontnya lebih kecil. Saiznya juga berbeza. Harga sudah tentu lebih murah berbanding yang lama.
55 Petua Orang Berjaya (Edisi Kemas Kini) adalah buku keempat batch pertama bagi edisi Jimat PTS Millennia. 3 buah buku yang lain adalah Tip-tip Cemerlang Daripada Quran, Quran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan Quran daripada Teropong Sains dan Dato’ Dr. Haron Din Menjawab Persoalan Fikah Harian (Edisi Kemas Kini) sudah siap diubah saiznya dari 6″ X 9″ kepada 6″ x 8.25″.
Tugasan rutin lain saya adalah memohon Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan/CIP yang baru daripada Perpustakaan Negara. ISBN lama ditukar kepada ISBN baru bagi edisi Jimat ini. Nantikan kehadiran buku edisi ini di pasaran tidak berapa lama lagi.
Hasil Perkongsian :Nor Hafizah Samsudin
Editor
PTS Millennia Sdn Bhd
Email : norhafizah@pts.com.my
Web :
Artikel Terbaru Dalam Kategori Buku Terbaru
- Buku terbaru PTS Millennia Sdn Bhd - November 14th, 2008
- Siri Inspirasi Muncul Kembali, Buku Mengapa Saya Bekerja? - July 4th, 2008
- Buku Terbaru Adam Khoo Versi Bahasa Melayu, RAHSIA PELABUR JUTAWAN Bakal Terbit! - July 3rd, 2008
- Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung (REVISITED) - July 2nd, 2008
- Aura Penyembuhan Reiki - June 19th, 2008



Leave a Reply