Gerak Kerja Buku-buku Edisi Kompak & Jimat, Hadapi Kenaikan Harga Minyak

Harga minyak memberikan impak yang cukup besar kepada dunia penerbitan buku. Apabila harga bahan api ini naik, ia memberikan kesan kepada pengangkutan, harga kertas, harga dakwat dan sebagainya. Diberitakan bahawa ada pencetak yang sudah mula memberikan  petanda berlakunya kenaikan harga percetakan. Apakah yang tindakan terbaik bagi memastikan buku masih menjadi produk yang berdaya saing dalam keadaan sebegini?

Pihak pengurusan PTS sudah membuat keputusan iaitu PTS tidak akan menaikkan harga dan memastikan harga tetap stabil. Satu lagi bonus yang bakal dibuat oleh pihak PTS adalah memperkenalkan buku edisi jimat. Tanggung jawab ini sudah diberikan oleh pengurus PTS Millennia Sdn Bhd kepada diri saya.

Bagi edisi jimat ini terdapat 4 buku bestseller PTS Millennia Sdn Bhd dipilih bagi dialihkan kepada edisi jimat ini. Walaubagaimanapun edisi lama bagi buku-buku ini masih dikekalkan. Edisi jimat ini agak berbeza dari edisi lama. Reka bentuknya lebih padat dengan fontnya lebih kecil. Saiznya juga berbeza. Harga sudah tentu lebih murah berbanding yang lama.

55 Petua Orang Berjaya (Edisi Kemas Kini) adalah buku keempat batch pertama bagi edisi Jimat PTS Millennia. 3 buah buku yang lain adalah Tip-tip Cemerlang Daripada Quran, Quran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan Quran daripada Teropong Sains dan Dato’ Dr. Haron Din Menjawab Persoalan Fikah Harian (Edisi Kemas Kini) sudah siap diubah saiznya dari 6″ X 9″ kepada 6″ x 8.25″.

Tugasan rutin lain saya adalah memohon Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan/CIP yang baru daripada Perpustakaan Negara. ISBN lama ditukar kepada ISBN baru bagi edisi Jimat ini. Nantikan kehadiran buku edisi ini di pasaran tidak berapa lama lagi.

Hasil Perkongsian :

Nor Hafizah Samsudin
Editor
PTS Millennia Sdn Bhd
Email : norhafizah@pts.com.my
Web :
This entry was posted on Wednesday, July 2nd, 2008 and is filed under Buku Terbaru, Edisi Jimat. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply



Milik

Kalendar Aktiviti

September 2008
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930EC

Aktiviti Akan Datang

  • No events.

Mesej Ringkas

Last Message 6 hours, 5 minutes ago
1 guest is online.
  • Guest_4115 : tolonglah saye peminat buku Dear YAYAH :(
  • Guest_4115 : takkan tak ade DEAR YAYAH :cry:
  • asraff : open lagi ke nak jd model buku
  • Guest_571 : :mrgreen:
  • sejam_dua : :lol:
  • hurun ain : salam semua..happy ramadhan :D
  • MAWI KE??? : BESTNYE CITER SALJU SAKINAH..
  • Guest_4166 : :D
  • Guest_2051 : :smile:Salam
  • hani : salam, singgah sekejap :D
  • joshuaeric : selamat lunch
  • joshuaeric : apa khabar semua? :D
  • joshuaeric : hi all
  • Guest_848 : :oops:saya malu dangan lelaki
  • Guest_848 : saya ni seorang perempuan yang peramah :D
  • Fauzul Naim : InsyaAllah siap dalam Ogos 2008.
  • Web Sutera : Assalamualaikum. Srlamat malam. Maaf singgah sekajap, tersesat! «link» 8O
  • Web Sutera : Bila biografi TG Dato' Nik Aziz dijangka siap?
  • Fauzul Naim : Puan, kami menerbitkan buku. Saya sarankan Puan ke www.motivasialih anpelajar.com
  • nursakinah : macam mana caranya ya
  • nursakinah : boleh tak saya hendak minta tip cara-cara mendidik anak yang cerdik
  • Fauzul Naim Ishak : Boleh emailkan ke «email»
  • Fauzul Naim : Boleh! Apa salahnya
  • ALIASHIM : BOLEH TAK SAYA ISI FORM MODEL PTS MELALUI E-MAIL? :D
  • Pierre : Congratulations, you just completed the installation of this shoutbox.

Penggerak PTS Millennia

Get the Flash Player to see the slideshow.

Anugerah Buku Popular-Berita Harian 2008

Ini adalah rakaman video yang dibuat sepanjang program Anugerah Buku Popular-Berita Harian tempoh hari. Pada program ini pihak PTS Millennia Sdn Bhd memenangi tempat ketiga dan tempat pertama bagi kategori buku Non Fiksyen berbahasa Melayu.

Buku-buku yang memenangi anugerah adalah seperti berikut :

  • Tempat Pertama Non Fiksyen Berbahasa Melayu : Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah
    Penulis : Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah & Ahmad Fadzli Yusof
  • Tempat Ketiga Non Fiksyen Berbahasa Melayu : Dato’ Dr. Haron Din Menjawab Persoalan Fikah Harian
    Penulis : Dato’ Dr. Haron Din