Dua Buku PTS Millennia Memenangi Anugerah
Hari semalam adalah hari yang cukup gemilang bagi PTS Millennia Sdn Bhd khususnya dan Kumpulan PTS amnya. Dua buah buku terbitan PTS Millennia Sdn Bhd berjaya memenangi Anugerah Buku Pilihan Pembaca Berita Harian-Popular. Ini adalah julung-julung kalinya buku acara ini diadakan dan juga julung-julung kalinya buku Kumpulan PTS memenangi anugerah
Dua buku yang memenangi anugerah ini adalah :
- Kuasa Hijrah, Kuasa Untuk Berubah tulisan Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah
- Dato’ Dr. Haron Din Menjawab Persoalan Fikah Harian tulisan Dato’ Dr. Haron Din
Saya bagi pihak PTS Millennia Sdn Bhd mengucapkan jutaan tahniah kepada para pengarang PTS Millennia Sdn Bhd yang memenangi anugerah mereka. Semoga selepas ini lebih banyak karya berkualiti dapat ditulis dan dikeluarkan lagi di masa hadapan. Tahniah sekali lagi.
Bagi kategori bukan Fiksyen Bahasa Malaysia, karya pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah dan Fazli Yusof iaitu Kuasa Hijrah Kuasa untuk Berubah berjaya memperoleh tempat pertama. Sementara tempat kedua diraih Dr H M Tuah Iskandar dengan buku Jangan Main-Main, manakala tempat ketiga dimenangi Datuk Dr Harun Din dengan karya Dato Dr Harun Din Menjawab Persoalan.
Berita lanjut di Berita Harian Online (Klik Di Sini)
Hasil Perkongsian :Fauzul Naim Ishak
Pengurus
PTS Millennia Sdn Bhd
Email : fauzuln@pts.com.my
Web : http://www.fauzulnaim.com
Artikel Terbaru Dalam Kategori Berita
- Pesona Obama, Buku diulang cetak 5,000 Naskhah - December 3rd, 2008
- Buku Terbaru! Mengurus konflik Gaya Streetsmart - November 21st, 2008
- Hebahan Umum - November 17th, 2008
- Ucapan Tahniah kepada Tuan Fauzul Naim Ishak - November 14th, 2008
- Delegasi PTS ke Indonesia Bookfair 2008 - November 14th, 2008



Leave a Reply