Delegasi PTS ke Indonesia Bookfair 2008
Sekali lagi Kumpulan PTS mengantar delegasi ke Indonesia bagi meneruskan hubungan baik serta meneroka kerjasama baru bersama dengan penerbit-penerbit Indonesia. Kali ini, delegasi itu dihantar sempena Indonesia Book Fair 2008. Berikut maklumat pesta buku ini:
Program : Pesta Buku Indonesia 2008
Tarikh : 14 hingga 18 November 2008
Tempat : Jakarta Convention Centre, Senayan, Jakarta Indonesia
Delegasi kali ini dianggotai oleh tiga penerbit diketuai oleh Pengurus Besar Editorial Kumpulan PTS iaitu Tuan Fauzul Naim Ishak. Pertemuan bersama beberapa penerbit besar di Indonesia seperti Gramedia, Mizan, Agromedia, Republika dan beberapa lagi sudah diatur. Kami menjangkakan, lebih banyak kerjasama baru yang dapat dijalin pada pertemuan kali ini memandangkan delegasi kali ini turut disertai oleh Pengarah Urusan Kumpulan PTS iaitu Tuan Arief Hakim Sani Rahmat.
Kita tunggu laporan delegasi kali ini daripada Tuan Fauzul Naim dalam blognya www.mentorpenulis.com nanti.
Di peringkat PTS Millennia Sdn Bhd, kami memanfaatkan delegasi ini untuk mendapatkan lesen penerbitan buku “Aminah; The Greatest Love” daripada PT Pena Pundi Aksara. Buku ini adalah bagi melengkapkan buku “Aishah; Keanggunan Sebenar” yang sudah kami terbitkan sebelum ini.
Semoga semua berjalan lancar.
Hasil Perkongsian :Mohd Ikram Mohammad Nor Wazir
Editor Kanan
PTS Millennia Sdn Bhd
Email : ikram@pts.com.my
Web :
Artikel Terbaru Dalam Kategori Berita
- Temui Pelukis-pelukis Komik-M di MPH MidValley - December 9th, 2008
- Pesona Obama, Buku diulang cetak 5,000 Naskhah - December 3rd, 2008
- Buku Terbaru! Mengurus konflik Gaya Streetsmart - November 21st, 2008
- Hebahan Umum - November 17th, 2008
- Ucapan Tahniah kepada Tuan Fauzul Naim Ishak - November 14th, 2008



Salam,
Saya amat terkilan kerana amat sukar untuk mendapatkan buku Laskar Pelangi. Sudah mencari di beberapa MPH dan popular tetapi tidak ditemukan. Adakah pihak PTS tidak mengulang cetak buku ini? Terima kasih
Mohd Ikram Wazir
Waalaikumsalam.
Puan Aida yang dimuliakan. Mengenai buku Laskar Pelangi, pihak kami memohon maaf jika puan mempunyai kesulitan mendapatkan buku ini. Jangkaan kami, buku itu sudah habis di kedai buku yang puan lawati. Oleh itu, mungkin lebih baik puan datang ke HQ kami di Batu Caves dan membelinya di sana. Di samping membeli buku ini, dapatlah juga melihat buku-buku lain. Setakat ini, buku ini masih belum diulang cetak.
Terima kasih.