Buku terbaru PTS Millennia Sdn Bhd
Suasana penuh debaran berlaku jauh di Amerika. Namun, bahangnya terasa sehingga ke sini. Inilah yang berlaku pada pilihanraya presiden Amerika Syarikat. Sejak pembunuhan presiden John F. Kennedy, belum ada pemilihan presiden yang begitu menarik perhatian dunia termasuk dunia Islam. Fokus utama pilihanraya presiden kali ini tertumpu kepada senator daripada Illinois, Barack Obama. Beliau mempunyai pertalian emosi yang cukup kuat dengan masyarakat Islam khususnya di Indonesia. Bapa tirinya berasal daripada Indonesia dan beliau sendiri penah bersekolah di Jakarta. Tambahan pula, ayahnya seorang muslim serta namanya sendiri memiliki fonetik sebagai nama orang-orang Islam. Inilah yang menambahkan lagi tautan emosi kelompok muslim asia Tenggara kepada susuk berkulit hitam bernama Obama ini.
Selain daripada itu, jika dihayati latar belakang keluarganya serta ucapa-ucapan beliau, beliau diyakini mampu untuk menjernihkan persepsi masyarakat dunia kepada Amerika. Masyarakat dunia mengharapkan beliau menjadi pencetus kepada sebuah negara kuasa dunia yang menghargai kedaulatan negara lain, mahu mendengar pandangan dan bersedia bertoleransi demi sebuah kedamaian.
Langkah Obama menuju ke Rumah Putih sudah menjadi kenyataan. Namun, polemik mengenai beliau masih belum berhenti. Dua isu utama yang menjadi perbualan hangat masyarakat dunia adalah mengenai identiti keislamannya. Walaupun beliau menafikannya, namun latar belakang keluarga, tindakan serta sikap toleransi beliau kepada Islam khususnya dalam ucapan-ucapannya menyebabkan masyarakat dunia masih sangsi. Begitu juga persoalan mengenai pandangan beliau kepada sekutu kuat Amerika iaitu Israel. Beliau dikenali sebagai salah seorang pemimpin Amerika yang anti-israel dan Yahudi. Namun, persoalan yang lebih besar, benarkah beliau benar-benar anti Israel sedangkan beliau bertanding di Amerika, sebuah negara yang memiliki lobi kuat Yahudi khususnya dalam penentuan dasar-dasar utama.
Kehadiran buku ini diharapkan dapat membantu dalam memberi perspektif yang lebih jelas mengenai individu bernama Barack Obama ini. Melalui penelitian pada maklumat yang disampaikan oleh media serta pemikiran beliau pada ucapan dan penulisannya, mungkin kita dapat membuat satu penilaian dan seterus kesimpulan, siapakah sebenarnya beliau.
Kemenangan Obama dalam pilihanraya presiden tahun ini amat menggemparka. kita menantikan sesuatu daripada presiden Amerika berkulit hitam yang pertama ini. Mungkin kita dapat belajar sesuatu. Mungkin juga kita dapat meletakkan harapan yang sederhana kepadanya. Harapan bagi sebuah dunia yang lebih harmoni. Namun, semua masih belum tahu. Masih belum tahu lagi. Kita tunggu dan lihat.
ISI KANDUNGAN
Kata Pengantar
Bahagian 1 : OBAMA ; Misteri di Sebalik Pesona
Bab 1 : Presiden Amerika Syarikat Versi Jakarta
Bab 2 : Lahir di Hawaii, Berasal dari Keluarga yang Berpendidikan
Bab 3 : Kenangan di Menteng Dalam
Bab 4 : Senator yang Mempunyai Dua Budaya
Bab 5 : Individu yang Berkarisma
Bab 6 : Seorang Penulis Terbaik
Bab 7 : Ahli Politik Jalan Tengah
Bab 8 : Persoalan Mengenai Warisan Islam
Bab 9 : Masa Depan Obama di Mata Bush
Bahagian 2 : OBAMA ; Menyusuri Isu-Isu Sensitif
Bab 1 : Obama dan Teka-teki KeIslaman
Bab 2 : Obama dan Yahudi-Israel, Sekutu ataupun Lawan
Bab 3 : Obama dan Babak Baru Demokrasi di Amerika
Bahagian 3 : OBAMA; Pendapat dan Ucapan
Bab 1 : Surat Barack Obama tentang Islam yang di Warisinya
Bab 2 : Seruan untuk Pembaharuan
Bab 3 : Amerika yang baru
Bab 4 : Polisi Amerika Syarikat di Timur Tengah
Bab 5 : Penolakan Perang Melawan Iraq
Bab 6 : Sebuah Permulaan Baru
Bab 7 : Kemajuan di Iraq
Bab 9 : Peperangan yang Harus Dimenangi
Bab 10 : Polisi Darfur yang Terapung-Apung
Bab 11 : Ceramah Obama pada Konvensyen Nasional Parti Demokrat 2004
Bab 12 : Keamanan Tenaga, Keamanan Nasional
Hasil Perkongsian :Mohd Ikram Mohammad Nor Wazir
Editor Kanan
PTS Millennia Sdn Bhd
Email : ikram@pts.com.my
Web :
Artikel Terbaru Dalam Kategori Berita
- Temui Pelukis-pelukis Komik-M di MPH MidValley - December 9th, 2008
- Pesona Obama, Buku diulang cetak 5,000 Naskhah - December 3rd, 2008
- Buku Terbaru! Mengurus konflik Gaya Streetsmart - November 21st, 2008
- Hebahan Umum - November 17th, 2008
- Ucapan Tahniah kepada Tuan Fauzul Naim Ishak - November 14th, 2008




Leave a Reply