Buku Terbaru! Mengurus konflik Gaya Streetsmart
Buku ini baru sahaja masuk ke stor PTS. Ini adalah buku kedua dalam siri baru yang diperkenalkan oleh PTS M iaitu siri Streetsmart selepas buku berjudul, “Mengurus Konflik Gaya Streetsmart”. Idea asal siri ini adalah dikeluarkan oleh Tuan Zamri Mohamad, salah seorang penulis paling komited dan berdisiplin di PTS M. Ia membicarakan mengenai kaedah-kaedah praktikal bagi mengurus konflik dalam organisasi. Secara asasnya, konflik berlaku apabila proses komunikasi mengambil tempat. Kemahiran mengurus konflik adalah kemahiran lembut atau kemahiran tambahan yang diperlukan untuk berhadapan dengan kejutan dalam organisasi. “Mengurus Konflik Gaya Streetsmart” menyenaraikan beberapa tip kepada pembaca bagi mempersiapkan diri dalam menghadapi kejutan-kejutan dalam organisasi.
Bersandarkan kepada konsep “Streetsmart”, buku ini menghidangkan pengalaman-pengalaman pekerja yang diubahsuai menjadi contoh kes yang berlaku dalam organisasi. Selain itu, situasi seharian adalah sumber rujukan lain yang disertakan bagi mempelajari cara mengurus konflik. Pada masa yang sama, buku ini juga mengenengahkan kes-kes nasional dan antarabangsa yang unik dan dapat disesuaikan dalam organisasi pada hari ini. Kes-kes ini dijadikan contoh bagi menerangkan amalan, prinsip dan teknik mengurus konflik berdasarkan apa yang berlaku.
Gaya bahasa yang mudah, penerangan yang tidak kompleks dan penggunaan bahasa melayu tinggi adalah kelebihan yang memberikan nilai tambah kepada pembaca yang berhasrat memiliki buku ini. Anggaplah ia sebagai pelaburan jangka masa panjang kepada pengurusan kerja yang efisien dan menyenangkan dalam organisasi.
Mohd Ikram Mohammad Nor Wazir
Editor Kanan
PTS Millennia Sdn Bhd
Email : ikram@pts.com.my
Web :
Artikel Terbaru Dalam Kategori Berita
- Temui Pelukis-pelukis Komik-M di MPH MidValley - December 9th, 2008
- Pesona Obama, Buku diulang cetak 5,000 Naskhah - December 3rd, 2008
- Hebahan Umum - November 17th, 2008
- Ucapan Tahniah kepada Tuan Fauzul Naim Ishak - November 14th, 2008
- Delegasi PTS ke Indonesia Bookfair 2008 - November 14th, 2008




Leave a Reply