Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung (REVISITED)
“Dahulu saya bintang filem, pelakon televisyen, model, penyanyi dan penghibur popular. Kini saya berhijab walaupun di dapur.”
Puan Noor Kumalasari
Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung adalah buku yang diberikan nafas baru. Ia pernah dilancarkan ke dalam pasaran pada tahun 2004. Ia pernah menjadi antara buku PTS paling laris dalam pasaran dengan ulang cetak sebanyak 5 kali berturut-turut. Buku ini dilawati semula dengan reka bentuk kulit yang lebih segar dan tata susun buku yang lebih menarik.
Ia memaparkan pengalaman suka duka kehidupan wanita bertudung yang diadaptasi daripada kisah benar supaya menjadi pedoman kepada pembaca. Karya-karya yang disumbangkan dalam buku ini adalah hasil garapan wanita profesional seperti doktor, jurutera, akauntan, arkitek, peguam, pensyarah, guru, konsultan, pelajar, bekas selebriti dan pengurus rumah tangga.
Pada pandangan saya sebagai editor kepada buku ini, buku ini amat menusuk jiwa. Kisah perjuangan setiap insan dalam buku ini yang ingin mempertahankan kesucian nilai Islam dalam hidup mereka. Ia perlu dibaca oleh sesiapa yang merasakan dirinya sukar untuk berubah kerana keadaan semasa yang tidak menggalakkan. Bukan suasana yang perlu berubah tetapi diri kita perlu berubah.
Saya berikan 5 bintang buat buku yang hebat ini.
Hasil Perkongsian :Nahddatun Nisaak Othman
Editor
PTS Millennia Sdn Bhd
Email : nisa@pts.com.my
Web : http://www.ptsmillennia.com.my
Artikel Terbaru Dalam Kategori Buku Terbaru
- Buku terbaru PTS Millennia Sdn Bhd - November 14th, 2008
- Siri Inspirasi Muncul Kembali, Buku Mengapa Saya Bekerja? - July 4th, 2008
- Buku Terbaru Adam Khoo Versi Bahasa Melayu, RAHSIA PELABUR JUTAWAN Bakal Terbit! - July 3rd, 2008
- Gerak Kerja Buku-buku Edisi Kompak & Jimat, Hadapi Kenaikan Harga Minyak - July 2nd, 2008
- Aura Penyembuhan Reiki - June 19th, 2008



Leave a Reply