Harga minyak memberikan impak yang cukup besar kepada dunia penerbitan buku. Apabila harga bahan api ini naik, ia memberikan kesan kepada pengangkutan, harga kertas, harga dakwat dan sebagainya. Diberitakan bahawa ada pencetak yang sudah mula memberikan petanda berlakunya kenaikan harga percetakan. Apakah yang tindakan terbaik bagi memastikan buku masih menjadi produk yang berdaya saing dalam [...]
Hari ini adalah hari pertama saya berada sepenuhnya di pejabat selepas pulang ke Malaysia dari Jogjakarta. Kami tiba di Malaysia pada 25 Jun (Rabu). Cuma semalam adalah hari yang menyibukkan. Tidak sempat melepaskan lelah sudah ada banyak acara yang perlu dihadiri. Sesi appraisal penilaian prestasi untuk pengurusan acara penting di waktu pagi. Penilaian gerak kerja [...]
“Dahulu saya bintang filem, pelakon televisyen, model, penyanyi dan penghibur popular. Kini saya berhijab walaupun di dapur.”
Puan Noor Kumalasari
Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung adalah buku yang diberikan nafas baru. Ia pernah dilancarkan ke dalam pasaran pada tahun 2004. Ia pernah menjadi antara buku PTS paling laris dalam pasaran dengan ulang cetak sebanyak 5 kali berturut-turut. Buku [...]
Alhamdulillah, buku sulung PTS M mengenai aura iaitu “Aura Penyembuhan Reiki” dijangka masuk ke stor esok. Ya Allah, moga-moga tiada masalah yang timbul sehingga buku ini tidak dapat masuk ke stor esok. Bukan apa, majlis pelancarannya pada hujung minggu ini sudah siap dirancang. Jika tidak ada buku, maka pasti majlis pelancarannya agak terencat. Masakan orang yang dirai [...]
Ini adalah rakaman video yang dibuat sepanjang program Anugerah Buku Popular-Berita Harian tempoh hari. Pada program ini pihak PTS Millennia Sdn Bhd memenangi tempat ketiga dan tempat pertama bagi kategori buku Non Fiksyen berbahasa Melayu.
Buku-buku yang memenangi anugerah adalah seperti berikut :
Tempat Pertama Non Fiksyen Berbahasa Melayu : Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah
Penulis : Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah & Ahmad Fadzli Yusof
Tempat Ketiga Non Fiksyen Berbahasa Melayu : Dato’ Dr. Haron Din Menjawab Persoalan Fikah Harian
Penulis : Dato’ Dr. Haron Din